Berita

Sekatan jalan raya di seluruh Labuan

MOHD. IBRAHIM membuat pemeriksaan dalam satu sekatan jalan raya di Labuan hari ini.
- Diterbit 19 Mac 2020 2:38 PM MYT

LABUAN – Polis Labuan membuat operasi sekatan jalan raya 24 jam di seluruh pulau ini bermula pukul 8 malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintendan Mohd. Ibrahim Mohd Ghani berkata, tindakan itu dilakukan bagi memantau masyarakat agar mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, berkuat kuasa 18 Mac lalu.

“Sekatan ini dibuat bagi memastikan orang ramai akur dengan arahan yang dikeluarkan.

“Malah, kita akan mengehadkan pergerakan orang ramai daripada keluar dan memastikan mereka duduk di rumah masing- masing,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Mohd. Ibrahim berkata, segelintir orang awam dilihat masih berdegil dan tidak mematuhi arahan selain pelbagai alasan yang diberikan.

Menurut beliau, pihaknya akan memantau dan memastikan orang awam mematuhi arahan yang diberikan bagi mengelakkan penularan wabak Covid 19. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas