Selebriti

Bapa Faizal Tahir meninggal dunia

- Diterbit 28 September 2021 2:58 AM MYT

BAPA kepada penyanyi popular, Faizal Tahir Dr Tahir Abdul Rahman,71, meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita pemergian aktivis Palestin itu dikongsikan anaknya Anas Tahir menerusi Instagram miliknya hari ini.

Allahyarham merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) turut aktif bersama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan negara Arab yang bergolak.

Seorangnya lagi anak Allahyarham, Fazli Tahir turut berkongsi berita sedih itu di akaun Facebook miliknya dengan menyatakan bapanya meninggal dunia pada pukul 3.40 pagi tadi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas