Berita

Bakal cipta sejarah pada Sukma 2020

- Diterbit 17 Januari 2020 2:06 AM MYT

WALAUPUN Sukan Malaysia (Sukma) 2020 bakal berlangsung di Johor pada 11 hingga 19 Julai nanti, namun bahang kehangatannya sudah terasa.

Mengikut sejarah, tahun ini merupakan kali kedua Johor menjadi tuan rumah selepas kali pertama menganjurkannya pada edisi ke-4 tahun 1992.

Pada edisi ini, sebanyak 33 acara akan dipertandingkan antaranya olahraga, hoki, memanah, boling padang dan sebagainya.

Bagi menyahut cabaran da­lam kejohanan dwi-tahunan itu nanti, atlet Wilayah Per­sekutuan menyasarkan se­­banyak 77 emas berdasarkan prestasi membanggakan pada edisi 2018 di Perak lalu.

Seramai 789 atlet akan bersaing dalam 33 acara yang dipertandingkan pada Julai ini diiringi oleh 137 pegawai bagi meraih misi 77 pingat emas tersebut.

Antara atlet yang akan menggalas tanggungjawab mengharumkan nama Wilayah Persekutuan kali ini adalah atlet Nur Amisya Khairuddin (bola jaring), Khiew Hoe Yean (renang), Muhd. Erry Hidayat (angkat berat) dan Khuzairi Azim Mohd. Kamal (Muay Thai).

Terdahulu, pada Sukma Perak 2018, kontinjen Wilayah Persekutuan berjaya berada pada kedudukan kedua terbaik daripada 15 kontinjen yang bertanding dengan pencapaian 52 pingat emas, 38 (perak) dan 50 (gangsa).

 

  • Amisya buru impian

– Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan 35, 2019 (Pemain Terbaik)

– Olahragawati Bank Simpanan Nasional, 2018

– Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan, 2017 (Pemain Terbaik)

– Majlis Sukan Malaysia 2015 (Penyerang Terbaik)

  • Khuzairi jalani latihan ketat

– Kejohanan Muay Thai Junior Kebangsaan 2019, Seri Kembangan (Juara)

– Kejohanan Pelapis 2019, Seri Kembangan (Juara)

– Kejohanan Kuda Merah 2019, Stadium Titiwangsa (Juara)

– Sukma 2018 (Naib Juara)

  • Hoe Yean mahu kutip emas

– Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG), Semarang, Indonesia, 2019 (7 Emas, 1 Perak)

-Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2019 (Gangsa)

– Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG), Malaysia, 2018 (3 Perak, 6 Gangsa)

– Sukma Perak 2018 (4 Emas, 2 Perak)

  • Erry beri komitmen penuh

– Sukma Perak 2018 (Emas)

– Sukan Asia, Indonesia 2018 (Gangsa)

– Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (Top 4)

– Komanwel Samoa 2016  (Emas)

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas