Selebriti

Bahan Pornografi Jadi Punca – RUHAINIES

bahan-bahan Pornografi boleh mendorong kepada jenayah seksual.
- Diterbit 10 Julai 2020 10:00 PM MYT

JENAYAH seksual ke atas kanak-kanak bukanlah perkara baharu. Paling menyedihkan apabila darah daging sendiri yang menjadi pemangsa seperti ayah rogol anak, datuk rogol cucu dan sebagainya. 

Dalam masa yang sama kita tidak boleh menuding jari kepada sesiapa kerana ini adalah tanggungjawab bersama. 

Bagi Ruhainies, jenayah ini banyak puncanya. 

“Banyak sebenarnya  punca jenayah seksual ini berlaku di kalangan kanak-kanak. 

“Antaranya adalah pergaulan dan pendedahan si pelaku dalam melihat bahan-bahan Pornografi seperti video atau gambar lucah.

“Bukan itu sahaja, pergaulan dengan kawan-kawan yang ‘rosak’ juga menyebabkan seseorang mahu melakukan perkara keji itu.

“Apatah lagi jika individu itu daripada keluarga yang bermasalah yang menyebabkan mereka mencari kawan yang salah. 

“Jadi, ia mempengaruhi si pelaku untuk mencari mangsa deraan seksual di kalangan kanak-kanak. Iyalah… kanak-kanak tidak pandai melawan. Mungkin ada yang tidak tahu apa yang sedang dilakukan ke atas mereka,” jelas Ruhainies yang berharap ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberi sokongan kepada mangsa jenayah seksual.

BAGI Ruhainies, bahan-bahan Pornografi boleh mendorong kepada jenayah seksual.

“Beritahu kanak-kanak ini apa yang terjadi bukanlah salah mereka. Bagi saya, mangsa penderaan seksual tidak harus dipersalahkan dalam apa jua keadaan.

“Ibu bapa perlu memberi sokongan positif dan membantu kanak-kanak itu kembali ceria seperti biasa. 

“Jika jenayah seksual membuatkan sikap mereka jadi pasif seperti berdiam diri dan suka bersendiri, bawalah mereka bertemu dengan pakar psikiatri,” katanya lagi.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas