Bagaimana masa depan media dalam era baharu? 3 pakar industri ada jawapannya

Bagaimana masa depan media dalam era baharu? 3 pakar industri ada jawapannya

BAGAIMANAKAH industri media dan komunikasi dapat menyesuaikan dalam keadaan serba baharu?

Segalanya berubah sejak COVID-19 menghuni bumi, bahkan industri media tidak terkecuali.

Begitu pun, setelah memasuki fasa endemik, bagaimanakah industri media dan komunikasi dapat menyesuaikan dalam keadaan serba baharu?

Justeru Quest International University’s School of Communication merebut peluang untuk mendapatkan jawapan tersebut dengan penganjuran simposium secara maya bertajuk, Transitioning Media: Bittersweet Endemic, pada 27 Ogos 2022 (Sabtu) dari pukul 9 pagi hingga pukul 11 pagi.

Menerusi diskusi itu, pendedahan secara meluas akan dikongsikan oleh tiga pemain industri berpengalaman luas dari pelbagai bidang seperti komunikasi, penyiaran media, pengiklanan, percetakan dan digital media.

Antara pemain industri dan merangkap penasihat industri akademik terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Hiburan Astro Radio and Rocketfuel, Mr Kenny Ong Chun Eng, Ketua Eksekutif Kumpulan Dentsu International Malaysia, Mr Tan Kien Eng dan Wartawan dan Bekas Penerbit, Mr Rubin Khoo.

Menerusi diskusi itu juga setiap pemain industri akan mengupas topik seperti transisi dan isu-isu dalam industri media dan komunikasi massa dari era pandemik ke endemik serta prospek masa depan industri.

Dekan Fakulti Sains Sosial, Profesor Dr. Adeline Kok Li-Ming berharap semoga menerusi simposium Transitioning Media: Bittersweet Endemic orang ramai, siswa, dan peserta dapat memanfaatkan perkongsian tersebut.

“Siswa bukan sahaja diberi pendedahan secara langsung daripada pensyarah yang mempunyai pengalaman industri di dalam kuliah.

“Tetapi menerusi diskusi anjuran School of Communication ini sekali gus memberi peluang kepada siswa untuk menjangkakan apa persediaan awal yang perlu dilakukan sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.

“Diskusi yang tidak terhad kepada siswa itu turut membuka peluang kepada orang ramai supaya cakna mengenai senario media dan komunikasi ketika endemik ini,” ujarnya.

Sebagai informasi, seramai 300 pelajar dan khalayak dijangka akan menghadiri simposium ini.

Untuk pendaftaran simposium boleh dilakukan menerusi pautan ini https://forms.gle/VwbLagpzsk87oMyi9 dan pertanyaan lanjut boleh emel ke [email protected] – WILAYAHKU

Share This