Berita

Bila AZZAM SHAM Nak Kahwin SHERYL SHAZWANIE?

AZZAM Sham akui bahagia dengan adanya Sheryl Shazwanie di sisi.
- Diterbit 8 September 2020 10:15 PM MYT

AMBOI..  Patutlah setiap minggu peserta Big Stage 2020, Azzam Sham sentiasa bersemangat melakukan yang terbaik dalam setiap konsert.

Rupa-rupanya insan tersayang yang juga penyanyi, Sheryl Shazwanie,22, hadir setiap minggu ke Konsert Big Stage untuk memberi semangat kepada Azzam.

Sheryl yang juga bekas peserta Big Stage musim kedua ini popular menerusi lagu Perasaan.

“Kalau orang tanya, saya akan cakap kami teman rapat. Kami dah lima tahun kenal.

“Saya sayangkan Sheryl dan dia sangat istimewa di hati saya. Dia seorang penyayang dan paling penting dia sangat memahami saya. 

“Bagi saya, susah nak cari perempuan yang faham perasaan lelaki. Saya ni banyak kekurangan dan penakut. Rasanya perempuan tak suka lelaki macam saya ni.

“Saya bukan jenis yang gentleman atau manly. Saya lelaki yang biasa-biasa saja. Saya rasa bertuah mempunyai teman rapat yang menerima saya seadanya,” katanya kepada Wilayahku.

AMBOI.. Senyum bahagia. Betul kata orang, cinta itu memberi kita semangat.

Azzam juga mengaku, selain ibu bapa dan peminat, Sheryl adalah orang yang sangat penting dalam hidupnya.

“Setiap minggu dia datang ke konsert Big Stage untuk menyokong saya. Kepada Sheryl, terima kasih kerana tidak pernah lelah untuk memberi semangat dalam apa jua yang saya lakukan,” jelasnya lagi.

Azzam juga kelihatan tersipu malu-malu apabila ditanya soal kahwin.

“Buat masa ini belum lagi. Kalau ada rezeki jodoh kami, insya Allah.. Doakan yang terbaik buat kami ya!” Katanya yang tidak mahu terlalu bercakap kisah cinta mereka. 

Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie baru sahaja muncul dengan lagu duet mereka berjudul Jika Ini takdirnya.

Wilayahku doakan Azzam dan Sheryl cepat-cepat bertemu jodoh. 

Berkenaan Big Stage 2020, Juara akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas