Berita

Azan biar sampai ke langit

ABDULKARIM bersama bapa angkatnya, Sheikh Ali Molla yang merupakan Ketua Bilal Masjidil Haram, Mekah.

- Diterbit 2 Ogos 2019 3:18 AM MYT

SENI taranum azan memainkan peranan penting dalam masyarakat Islam. Melalui azan yang bagus, ia bukan sahaja mampu mena­rik jemaah datang ke masjid. Malah kelunakan suara seorang bilal juga mampu menjentik hati seseorang kepada Islam.

Pengarang Wilayahku, HELMI MOHD. FOAD berkesempatan menemubual Imam Masjid Sultan Salahudddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, ABDULKARIM ALMAKKI yang membuat penampilan pada Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF) 2019 baru-baru ini dan berkongsi pengalaman­nya sebagai anak Melayu yang pernah melaungkan azan di Mekah, Arab Saudi.

Apa yang menarik, beliau yang dilahirkan di Shib Ali, Mekah mampu meniru gaya bacaan al-Quran seramai 15 qari terkenal termasuk Sheikh Masyaari Al-Afaasy dan Sheikh Maher Muaqliyy.

WILAYAHKU: Boleh ceritakan tentang keistimewaan azan yang bebeza-beza dari satu negara dengan negara lain?

ABDULKARIM: Azan ini ada pelbagai maqam (peringkat suara). Selain azan di Malaysia, ada pelbagai versi azan di luar negara seperti Mekah, Madinah dan Masjid al-Aqsa, Palestin. Majoriti masyarakat kita membawa lagu azan Mesir, lagu jiharkah dan ada lagu rost. Orang Mekah ada lagu sendiri iaitu Hijazi dan kalau di Madinah, ada azan Madani.

Penampilan saya pada PIIACUF kali ini adalah untuk menceritakan tentang maqam-maqam azan tersebut. Ini kerana supaya orang ramai lebih tahu, kadang-kadang orang tidak tahu. Memang azan Mekah itu glamor tetapi di sana ada ramai muazin dan irama tersendiri.

Jadi jika kita irama yang tinggi, apa azan yang sesuai. Kalau suara tidak berapa sihat hari ini, irama apa yang sesuai. Sama dengan imam juga. Irama ini macam lagu taranum atau dipanggil maqam, maknanya lenggok ada nama-namanya. Contohnya di Malaysia, ramai bilal menggunakan lagu jiharkah, nahwan dan sebagainya.

WILAYAHKU: Difahamkan pernah diberi peluang melaungkan azan di Mekah, boleh cerita latar belakang ustaz?

ABDULKARIM: Saya dilahirkan di Mekah, sekarang bertugas sebagai Imam Masjid Negeri Selangor, Shah Alam. Saya memang di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam atau biasanya imam. Saya sempat menjalani pengajian di Arab Saudi dan belajar tahfiz di Masjid al-Haram serta melanjutkan pengajian ke Universiti King Saud, Riyadh dalam bidang tafsir dan hadis.

Saya sering sering diundang untuk membaca al-Quran dalam istana diraja. Malah saya menjadi satu-satunya anak Melayu membaca al-Quran dalam istana diraja. Kebetulan ketika itu saya rapat dengan Ketua Bilal Masjidil Haram, Mekah, Sheikh Ali Molla yang merupakan bapa angkat saya.

Saya pulang berkhidmat di Malaysia pada tahun 2010. Selain imam, saya juga jadi muazin di TV9, saya laungkan azan dari Menara Kuala Lumpur, sudah lapan tahun dan terkini jadi guru al-Quran Upin dan Ipin dan laungkan azan Upin dan Ipin dalam rancangan Iqra.

WILAYAHKU: Bagaimana pene­rimaan orang Mekah apabila ada anak Melayu yang mampu menjadi qari dan muazin?

ABDULKARIM: Sebenarnya kita walaupun Melayu, sudah tidak ada lagi slanga Melayu, semua sudah lahjah Arab. Di sana tidak ada asabiah, ada masjid yang beri pekerja mereka seperti dari India dan Bangladesh untuk laungkan azan, jadi sudah bunyi macam Bangladesh, bunyi orang ajam, bukan lagi Arab.

Saya pernah dijemput melaungkan azan di Masjid Faqih, Mekah dan juga di Shib Ali, tempat kelahiran saya, di sana ramai orang Melayu dari Nusantara, mereka menuntut ilmu di sana.

WILAYAHKU: Apa nasihat kepada anak muda yang ingin belajar taranum dan azan?

ABDULKARIM: kepada adik-adik dikasihi, bakal bilal, bakal imam, sekarang kena ingat bahawa kita bertugas sebagai muazin atau imam bukan semata-mata untuk pangkat (tittle), sebenarnya kita hendak kepada keredaan Allah, keberkatan kepada rezeki, keturunan kita ada kalangan kita nak tittle tapi berkira seperti tidak mahu bantu kawan, tidak mahu tukar dengan kawan yang bertugas.

Kita mesti jadi imam dan bilal yang banyak membantu kawan-kawan, ada mood, dan jiwa imam. Bukannya di luar imam tapi jiwa tidak macam itu, ego tidak boleh terima teguran daripada jamaah. Kena betulkan nawaitu, pertamanya jadi imam kerana Allah dan rezeki kita dapat jadi makanan kita dan anak kita.

Kedua, satu saja kita takut, kita azan tetapi tidak sampai ke langit, azan bukan main tarik sedap tapi hati tidak jujur, maka hanya orang Bumi sahaja dengar tetapi makhluk di langit seperti malaikat tidak dengar, tidak sampai ke langit.

WILAYAHKU: Bagaimana keadaan kadang-kadang ada bilal yang suaranya tidak sedap didengar?

ABDULKARIM: Pengalaman saya sebagai imam dan bilal, pertama kita perlu ada suara lunak untuk menarik jemaah datang solat berjemaah di masjid. Diutamakan bilal macam itu tetapi boleh sahaja kalau ada pak cik yang ikhlas meskipun suaranya tidak berapa sedap. Suara sedap ini anugerah daripada Allah, bukan semua orang Allah beri suara sedap. Di Masjidil Haram sendiri pun tidak semua muazin yang sedap.

WILAYAHKU: Boleh kongsikan tip menjaga suara?

ABDULKARIM: Jangan minum langsung air batu; kedua, jangan menjerit; ketiga, jangan makan pedas dan keempat jangan azan waktu kita kurang rehat, biar cukup rehat. Seterusnya, mood kita kena okay, jangan ada gaduh sebelum azan.

Ini akan menjejaskan mood penyampaian azan dan yang penting perlu datang awal ke masjid sebelum masuk waktu solat. Ada sesetengah bilal, masuk saja waktu, sampai ke masjid terus azan, jadi terus semput.

Boleh ceritakan tentang keistimewaan azan yang bebeza-beza dari satu negara dengan negara lain?

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas