Pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan isterinya Ardell Aryana mengumumkan nama anak mereka sebentar tadi di Instagram miliknya @nadzmiadhwa.
Arwa Malaikha Urwa, itulah nama anak perempuan mereka yang kini berusia tujuh hari.
Dalam posting berkenaan, Nadzmi dan Adhwa masing-masing turut memuat naik video pendek wajah comel Arwa Malaikha selepas diiqamatkan.

“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa. @babyadhwardell My precious baby girl ni lahir pada hari Jumaat juga.
“Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari. Video ni masa lepas Urwa lahir dan diqamatkan.Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini,” tulis Adhwa
Antara selebriti yang turut meninggalkan komen memuji kecomelan Arwa ialah Bienda, Daler Yusof, Fedtri Yahya, Wanns Ahmad, Jay Iswazir dan ramai lagi.
Baru-baru ini, Adhwa dan Ardell yang mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dikurniakan cahaya mata perempuan, Arwa Malaikha Urwa, pada 5 June 2020. – WILAYAHKU
https://www.instagram.com/p/CBUvIacAkEO/?igshid=fqdfulkhh3s