Biz

Ramlee Mall KLCC utamakan restoran, jenama tempatan

JENAMA tempatan diutamakan di Suria KLCC.
- Diterbit 12 Jun 2020 8:41 AM MYT

TAPAK perniagaan yang berkeluasan 100,340 kaki persegi kini dibuka untuk pengunjung menikmati kepelbagaian seleksi jenama ternama negara dan antarabangsa di satu lokasi.

Ketua Pegawai Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, penambahbaikan dan penaikan taraf ruangan tambahan di Suria KLCC kini siap dengan menawarkan gabungan jenama F&B dan fesyen yang akan dikenali sebagai Ramlee Mall.

“Sebelum ini, ia adalah ruangan Parkson Malaysia yang mempunyai lebih daripada 60 kedai kerana melibatkan tiga tingkat.

“Penambahan baru ini bukan sahaja akan menarik pembeli ke pusat membeli-belah tetapi juga meningkatkan pengalaman pembeli dengan lebih banyak pilihan produk dan perkhidmatan untuk dipilih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SALAH satu kedai tempatan yang baru dibuka di Suria KLCC.

Menurut Andrew, pihaknya juga memastikan perniagaan tempatan dimuatkan dalam ruangan tersebut di samping pilihan restoran serta jenama premium.

Ujarnya, diharapkan dengan pembangunan semula ini, Suria KLCC bukan hanya memacu kejayaannya dengan membawa masuk banyak kedai berjenama ke dalam pasaran Malaysia, malah dapat meningkatkan kedudukan Suria KLCC sebagai pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur. – WILAYAHKU

Antara kedai kedai yang telah memulakan operasi adalah:

Aras Bawah
• Givenchy
• Gucci Beauty
• Estee Lauder
• The History of Whoo
• Sisley
• Louis Vuitton

Aras Satu
• COS
• Le Labo

Aras Dua
• 108 Matcha Saro
• Mad Mex
• Serai
• Ahh-Yum by Kampong Kravers
• dUCK
• Sofia Iman
• SK (Siti Khadijah)
• APOM (Menghimpunkan produk Malaysia yang direka dengan unik yang boleh dibanggakan bagi pelancong membawa pulang cenderamata).

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas