Selera

Aroma keenakan kambing perap Rassa

KAMBING perap dan ayam perap Rassa.
- Diterbit 15 November 2019 9:22 AM MYT

SEBUT sahaja tentang daging kambing, pasti penggemarnya terbayang-bayang keenakan serta kehebatan daging tersebut. Aroma semula jadi kambing bakar misalnya mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Pelbagai cara masakan kambing yang diketengahkan antara yang paling popular adalah kambing bakar. Namun cara penyediaannya perlulah diberi perhatian yang khusus bagi mengelakkan bau hamis kambing yang sering membantutkan selera.

KEENAKAN produk Rassa sedap hingga menjilat jari.

Pun begitu usah risau, kini anda boleh menikmati hidangan kambing bakar di rumah gaya hotel lima bintang tanpa perlu bersusah-payah menyediakan bahan perapan dengan adanya kambing perap Rassa.

Produk kambing perap Rassa keluaran Alpha Delights Resources ini menggunakan bahu kambing biri-biri (lamb shoulder) dari New Zealand berumur kurang satu tahun dengan tekstur daging yang lebih lembut, juicy dan kurang lemak.

PROSES penyediaan kambing perap Rassa hanya memakan masa yang singkat.

Menurut Pengarah Urusan Alpha Delights Resources, Rosmarlinda Kamarudin, perapan Rassa dihasilkan menggunakan rempah-ratus yang segar dan berkualiti bagi menghasilkan perapan yang enak dan beraroma bila dimasak.

“Dengan perapan yang sempurna kombinasi dari rempah-ratus terpilih, proses memasaknya hanya memakan masa 10 minit hingga ke 15 minit dan ia sangat mudah dimasak dengan menggunakan kuali non stick,” jelasnya tentang rahsia keistimewaan Rassa.

Bercerita lanjut tentang produk premium kambing perap Rassa, menurut Rosmarlinda, idea untuk mencipta produk ini adalah gabungan dirinya bersama empat lagi rakan kongsi iaitu Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman (Pengurus Operasi), Nurul Huda Zulkifli (Pengurus Kewangan) dan Shazni Azira Mhd. Shah (Pengurus Jualan & Promosi).

“Kami sepakat mengetengahkan kerana hidangan kambing sentiasa mendapat sambutan dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Dengan harga mampu milik yang kami perkenalkan ternyata berbaloi,” ujarnya.

ROSMARLINDA (dua kiri) bersama rakan kongsi Nurul, Sahzni dan Ahmad.

Meskipun masih baharu enam bulan di pasaran dan dijual secara dalam talian, sambutan yang diterima sangat luar biasa sehingga mereka tidak menang tangan melayani tempahan.

Selain kambing perap, mereka turut mengeluarkan produk ayam perap Rassa yang sesuai untuk selera anak-anak dan bagi mereka yang menggemari ayam.

“Bagi kepuasan pelanggan, kami turut memberi nilai tambah dalam
produk yang dihasilkan dengan memperkenalkan hidangan set lunch box butter rice dengan kambing bakar dan ayam bakar bermula awal Disember ini,” ujarnya membuka peluang bagi mereka yang berminat menjadi ejen memasarkan produk Rassa.

INFO Kambing perap Rassa

Lokasi: No.19 Medan Selera Cheras Perdana (dibuka bermula Disember 2019)

Telefon: 019-664 7825/019 – 664 7854 atau 011-5668 6082 (pesanan)

Laman sosial: Facebook, RassaOFFICIAL dan Instagram, rassaofficial

Perkhidmatan: Katering, buffet, barbeku untuk sebarang majlis seperti hari keluarga, kursus, majlis keraian dan sebagainya.

Penghantaran percuma
sehingga penghujung 2019
di Lembah Klang sahaja.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas