Biz

Aplikasi GOODSTAP manfaat 3 dalam 1

- Diterbit 27 Disember 2019 4:11 AM MYT

GOODSTAP merupakan aplikasi pintar e-shopping yang menawarkan kaedah carian secara mudah dan pintar untuk mendapatkan pelbagai barangan, perkhidmatan, alat pemasaran dan perkhidmatan penghantaran.

Platform terbaru ini telah dibangunkan oleh anak tempatan dan melalui aplikasi ini, pengguna dapat menjimatkan kos perniagaan selain dapat mengendalikan perniagaan melalui telefon pintar.

Melalui aplikasi ini juga, pengguna, peniaga dan ejen penghantaran berdaftar akan dilindungi oleh laporan pintar dan sistem pembayaran balik sekiranya terdapat sebarang masalah atau tempahan yang telah dilakukan.

Selain itu, aplikasi ini juga dapat membantu perniagaan anda berkembang dan menyediakan ekosistem perniagaan yang terbaik dan terkini.

Aplikasi pintar Goodstap E-Shopping ini boleh dimuat turun di stor aplikasi Android atau layari https://goodstap.com.my

Anda juga boleh menghantar pesanan di talian 013 343 7705 untuk pertanyaan lanjut atau mendaftar GOODSTAP.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas