Biz

Semua stesen Petronas kini membekalkan Euro 4M RON95

RON 95 standard Euro 4M kini boleh didapati di
- Diterbit 27 Disember 2019 4:10 AM MYT

KUALA LUMPUR – Semua stesen Petronas di seluruh negara kini membekalkan bahan api Euro 4M RON95, menjelang tarikh yang diwartakan kerajaan pada 1 Januari 2020.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Petronas Dagangan Bhd (PDB) berkata, spesifikasi bahan api baru itu mengandungi 50 bahagian perjuta kandungan sulfur, iaitu 10 kali kurang daripada standard Euro 2M untuk petrol RON95.

“Kandungan benzena dikurangkan sebanyak 30 peratus hingga 3.5 peratus manakala tekanan wap dikurangkan sebanyak 7.0 peratus kepada 65 Kilopascal, menjadikan pembersih bahan api untuk enjin dan alam sekitar,’’ kata kenyataan itu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir berkata, peningkatan bahan api RON95 kepada standard Euro 4M di semua stesen Petronas telah dilakukan sejak awal Disember.

“Pelanggan kami tidak hanya menikmati pemanduan lebih lancar, lebih responsif dan cekap, malah bahan api bersih yang berfungsi bersama dengan kenderaan moden hari ini dalam mengurangkan pencemaran udara untuk memberikan manfaat kepada ke­sihatan dan juga alam sekitar.

“Pada akhirnya, Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive baik untuk enjin dan alam sekitar,” kata­nya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas