Biz

Aplikasi cuci kereta Hive bantu pengusaha ‘car wash’ jana keuntungan

|Aplikasi Hive diasaskan oleh Amirol Isa Izani (kiri) bersama rakannya
- Diterbit 3 Jun 2021 1:40 AM MYT

PELUANG keemasan buat semua pengusaha cuci kereta di Malaysia!

Hive Resources Sdn. Bhd. (Hive),iaitu syarikat pengendali aplikasi cuci kereta yang pertama di Malaysia bawah jenama Hive diwujudkan untuk membantu pengusaha cuci kereta meningkatkan jualan.

Aplikasi Hive diasaskan oleh Amirol Isa Izani bersama rakannya, Mohd. Noor Hisham Hashim yang juga Pengarah Hive di pasaran pada April lalu selepas setahun mereka melakukan kajian dan penyelidikan.

Aplikasi Hive ini bertujuan menjadi satu ekosistem yang menghubungkan pengguna kereta, pengusaha cuci kereta, produk pencuci kenderaan, insurans dan pengiklanan dalam satu platform digital yang mula ditubuhkan pada Jun tahun lalu.

Amirol memberitahu, objektif Hive adalah membantu golongan pengusaha cuci kereta dan pada masa sama memudahkan pengguna untuk membuat temu janji membasuh kereta secara atas talian.

“Salah satu sebab saya dan rakan kongsi mencipta aplikasi ini adalah untuk membantu para pengusaha cuci kereta bagi meningkatkan lagi jualan mereka melalui digital.

“Saya tahu ramai pengusaha cuci kereta sedang bermasalah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana bisnes tidak dapat dijalankan.

“Jangan bimbang, ada caranya! Mereka boleh menggunakan Hive ini untuk mendapatkan tempahan awal daripada pelanggan.

“Kemudahan yang disediakan dalam aplikasi ini pastinya membolehkan pelanggan mengetahui terlebih dahulu servis yang disediakan sebelum membuat tempahan.

“Dalam tempoh PKP ini juga, pengusaha terutama yang baharu boleh membuat kajian terhadap servis yang pelanggan mahukan seterusnya membuat promosi.

“Jadi selepas tempoh PKP, mereka sudah mempunyai pelanggan yang membuat tempahan awal,” katanya yang membuka peluang kepada pengusaha cuci kereta baharu untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan.

Aplikasi Hive diasaskan oleh Amirol Isa Izani (kiri) bersama rakannya, Mohd. Noor Hisham Hashim yang juga Pengarah Hive

Menurut Amirol lagi, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai keistimewaan dengan menggunakan aplikasi Hive.

“Hive boleh membantu pelanggan terutamanya pemandu wanita untuk mengetahui lebih lanjut tentang servis car retailing yang disediakan.

“Ramai yang anggap servis car retailing mahal. Kalau nak tahu, sebenarnya ia adalah basuhan yang teliti dan menggunakan mekanikal iaitu mesin.

“Jadi melalui Hive, pelanggan boleh tahu secara terperinci tentang servis-servis basuhan yang ada selain dapat melihat harga dan promosi yang sedang ditawarkan. Maka tidak berlakulah pertikaian pasal harga kerana pelanggan  membuat pilihan sendiri.

“Bukan Itu sahaja, selain basuhan empat kali percuma satu kali basuhan, pelanggan boleh tahu lebih terperinci tentang pusat cuci kereta yang ingin digunakan.

“Misalnya ada yang out station di Kedah dan tidak tahu pusat cuci kereta mana yang sesuai, mereka boleh gunakan Hive untuk mengetahui servis yang dimahukan,” jelasnya yang turut mendedahkan Hive mempunyai sistem geologikal.

Melalui sistem ini, pelanggan boleh mencari 10 pusat cuci kereta terdekat dalam 10 kilometer radius. Mereka boleh membuat pilihan dengan melihat sendiri jenis perkidmatan serta bahan-bahan yang digunakan di mana-mana pusat cuci kereta.

Selepas sebulan beroperasi, Hive semakin dikenali apabila memiliki lebih 60 rakan kongsi terutama di Lembah Klang yang melibatkan 2,000 pengguna kereta.

Kepada pengusaha cuci kereta dan pengguna boleh segara layari laman sesawang www.hiveapp.asia/ atau ke instagramnya hiveapp.asia. – WILAYAHKU

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hive Resources Sdn. Bhd. (Hive), syarikat pengendali aplikasi cuci kereta yang pertama di Malaysia bawah jenama Hive menyasarkan memiliki 300 rakan kongsi dalam kalangan pengusaha cuci kereta menjelang akhir tahun ini.
Pengasas Hive, Amirol Isa Izani berkata, jumlah itu mampu membuatkan aplikasi tersebut menjadi pilihan ramai di kalangan lebih 20,000 pengguna kereta sepanjang tempoh itu.
Beliau berkata, ketika ini selepas sebulan beroperasi, Hive semakin berada di landasan tepat apabila memiliki lebih 60 rakan kongsi terutama di Lembah Klang yang melibatkan 2,000 pengguna kereta.
“Kami akan terus agresif mempromosikan jenama Hive bagi membantu lebih ramai pengusaha cuci di seluruh negara untuk mendaftar dengan aplikasi ini.
“Selepas satu bulan di pasaran, kami berjaya membawa 2,000 pengguna memuat turun aplikasi ini dan mereka dapat menikmati pelbagai promosi hebat.
“Antaranya selepas empat kali basuhan kereta mereka mendapat satu kali cuci percuma di mana-mana rakan kongsi yang berdaftar dengan Hive di seluruh negara.
“Sasaran kami agar jenama Hive akan kerap muncul di media dalam meluaskan dan memperkenal kepada lebih ramai pengguna serta dapat menarik minat pengusaha cuci untuk menjadi rakan kongsi,” katanya yang mengakui kos membangunkan aplikasi Hive adalah tinggi.
Aplikasi Hive diperkenal oleh Amirol bersama rakannya, Mohd. Noor Hisham Hashim yang juga Pengarah Hive di pasaran pada April lalu selepas setahun mereka melakukan kajian dan penyelidikan.
Aplikasi Hive ini bertujuan menjadi satu ekosistem yang menghubungkan pengguna kereta, pengusaha cuci kereta, produk pencuci kenderaan, insurans dan pengiklanan dalam satu platform digital yang mula ditubuhkan pada Jun tahun lalu.
Amirol memberitahu, objektif Hive adalah membantu golongan pengusaha cuci kereta dan pada masa sama memudahkan pengguna untuk membuat temu janji membasuh kereta secara atas talian.
Jelas beliau, kelebihan applikasi itu adalah menawarkan kualiti yang terbaik serta menawarkan anjaran kepada pengguna.
“Hive turut membantu pengusaha cuci kereta di Malaysia untuk meningkatkan lagi servis jualan mereka di samping menikmati insentif-insentif dari kami.
“Bagi pengguna pula, mereka tidak lagi perlu menunggu lama kerana melalui aplikasi ini mereka akan dapat menempah mencuci kereta mengikut keselesaan penguna itu sendiri.
“Bagi pihak Hive, kami komited untuk mempromosikan applikasi ini selain membantu menambah pendapatan pengusaha yang terkesan akibat pademik Covid-19,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas