Selebriti

Rugilah mereka yang tidak mengambil vaksin – Iman Suhana

- Diterbit 4 Jun 2021 8:20 AM MYT

PELAKON drama bersiri Sabarlah Duhai Hati, Iman Suhana,31, terkilan dengan sikap sesetengah individu yang seolah-olah menggadaikan nyawa sendiri hanya kerana tidak mempercayai vaksin.

“Nasihat saya, kepada yang suka menyebarkan berita palsu tentang vaksin tu, hentikanlah. Ini boleh menimbulkan kegelisahan pada orang ramai.

“Kepada yang tidak mahu mengambil vaksin itu keputusan dan hak masing-masing, tetapi janganlah pula menghasut orang lain yang mahu melindungi diri.

“Kalau kita lindungi diri bermakna kita juga berusaha untuk melindungi orang di sekeliling kita. Apa-apa pun, sentiasalah jaga kesihatan dan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah kerajaan tetapkan,” ujar Iman Suhana yang berharap masyarakat berfikiran positif dan menerima suntikan vaksin.

“Rasanya semua pun tahu, antara langkah terbaik untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 adalah dengan menerima vaksin yang disediakan kerajaan.

“Bagi saya rugilah mereka yang tidak cuba melindungi diri dengan mengambil vaksin. Besar manfaatnya kepada diri sendiri dan orang sekeliling.

“Setidak-tidaknya kita berusaha mengurangkan risiko penyakit berjangkit ini,” jelasnya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas