Selebriti

Rancang kahwin hujung tahun ini, siapa bakal isteri Haqiem Rusli?

- Diterbit 30 Mei 2021 1:30 AM MYT

PENYANYI popular Haqiem Rusli,23, mengumumkan bakal berkahwin dengan gadis pilihan hatinya penghujung tahun ini.

Haqiem mengumumkan hal tersebut menerusi sesi live dalam Instagram (IG), jam 2 pagi tadi.

Bagaimana pun, Haqiem yang sudah menghadiri kursus kahwin tahun lalu, belum bersedia mendedahkan bakal isteri yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.

“Siapa calon bakal isteri, biarlah saya umumkan identitinya ketika majlis perkahwinan nanti.

“Saya hanya ingin peminat tahu, saya akan berkahwin, tidak lama lagi. Selebihnya, saya akan kongsi kelak,” katanya yang belum mempunyai tarikh tetap untuk majlis bahagianya nanti.

Sama-sama kita doakan agar majlis perkahwinan Haqiem Rusli dan pasangan yang dijadualkan penghujung tahun ini berjalan lancar. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas