Berita

Annuar Musa dikompaun RM2,000 – Polis

- Diterbit 12 Julai 2021 8:52 AM MYT

MENTERI Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas berkunjung ke kediaman bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata Annuar dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dalam kenyataan memberitahu Annuar telah menerima kompaun daripada polis dan akan menjelaskannya secepat mungkin. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas