Berita

Angkasawan Russia ucap selamat hari wanita Antarabangsa

Expedition 64 Russian cosmonauts Sergey Ryzhikov, left, and Sergey Kud-Sverchkov, right, of Roscosmos are seen during pressure checks of their Sokol suits during the Soyuz MS-17 spacecraft fit check, Monday, Sept. 28, 2020, at the Baikonur Cosmodrome in Kazakhstan. Ryzhikov, Kud-Sverchkov, and NASA astronaut Kate Rubins are preparing for launch to the International Space Station in their Soyuz MS-17 spacecraft from the Baikonur Cosmodrome in Kazakhstan on October 14, Baikonur time. Photo Credit: (NASA/GCTC/Andrey Shelepin)
- Diterbit 8 Mac 2021 3:51 AM MYT

ANGKASAWAN Rusia Sergey Kud-Sverchkov dan Sergey Ryzhikov mengucapkan tahniah kepada wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa melalui rakaman video dikeluarkan agensi angkasa Rusia Roscosmos, lapor Sputnik.

“Semoga hari-hari anda sentiasa dipenuhi dengan kegembiraan, kebahagiaan, keindahan dan kemesraan keluarga,” kata Kud-Sverchkov.

Sementara itu Ryzhikov berkata “Kini masanya untuk harapan baharu, Anda menjadikan dunia kita lebih baik”.

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac di Rusia, dan juga di beberapa negara lain

Turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah, Presiden Vladimir Putin dan Menteri Kesihatan Mikhail Murashko yang menyifatkan pekerja kesihatan wanita memainkan peranan penting di tengah pandemik COVID-19. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas