Berita

Suria KLCC hulur sumbangan barangan makanan RM30,000

Ben Chong (left) menyerahkan sumbangan kepada Dr Kuldip Kaur. Ben Chong (left) menyerahkan sumbangan kepada Dr Kuldip Kaur.
- Diterbit 8 Mac 2021 2:43 AM MYT

MEMAHAMI keperluan petugas barisan hadapan perubatan, Kumpulan Syarikat Suria KLCC sekali lagi menghulurkan sumbangan barang makanan bernilai RM30,000 kepada pasukan itu di hospital sekitar Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, sumbangan kali ketiga itu bertujuan membantu memudahkan keperluan harian petugas barisan hadapan malah pemilihan jenis makanan serta minuman juga dititik beratkan supaya bersesuaian dalam kekangan tugas memerangi COVID-19.

“Kami memahami kesulitan yang dihadapi petugas di hospital dengan waktu rehat yang singkat, kekurangan ruang khas untuk menikmati juadah makanan sempurna dan terutamanya kesulitan untuk menanggalkan setiap lapisan PPE ketika hendak menjamu selera.

“Sumbangan kami ini diharap dapat membantu mengurangkan bebanan yang terpaksa mereka pikul,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, sumbangan berbentuk kudapan minum petang dan minuman diserahkan Pengurus Besar Suria KLCC, Ben Chong kepada Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur pada 3 Mac lalu.

Makanan yang disumbangkan merupakan kopi, Milo dan teh dalam paket serta pelbagai biskut dan mi segera yang bernilai RM15,000.

Mengulas tentang sumbangan itu, kata Brien, barangan yang diberikan akan memudahkan petugas menikmatinya dan ia boleh disimpan dengan selamat tanpa perlu didinginkan.

Tambah beliau, Kumpulan Syarikat Suria KLCC akan sentiasa berpegang kepada tema yang dilancarkan tahun lalu ‘Kami Bersama Anda’, walaupun ada vaksin menangani pendemik ini dijangka akan berterusan sehingga satu waktu yang lama.

Dalam pada itu, Dr Kaur berkata, pihaknya amat menghargai niat murni Suria KLCC dan sumbangan yang diberikan amat bermakna tatkala pasukan perubatan berhadapan dengan cabaran besar sepanjang penularan wabak COVID-19.

Pada 11 Februari, pusat beli belah Alamanda turut menyumbangkan barang makanan berjumlah RM10,000 kepada Hospital Putrajaya.

Penyerahan diserahkan Pengurus Besarnya, Ameer Thajudeen kepada Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas