Berita

Jutawan Perancis, ahli politik Olivier Dassault maut dalam nahas helikopter

French right wing opposition party UMP and member of parliament Olivier Dassault smiles as he arrives as he arrives for an official diner with the French President Francois Hollande and Defense Minister and Saudi Crown Prince Salman bin Abdul-Aziz, at the Elysee Palace in Paris. Monday, Sept. 1, 2014. (AP Photo/Jacques Brinon)
- Diterbit 8 Mac 2021 3:57 AM MYT

TIMBALAN ketua parti konservatif Les Republicains (LR) Olivier Dassault, yang juga anak ahli perniagaan perindustrian Perancis Serge Dassault, terbunuh dalam nahas helikopter, tulis Presiden Emmanuel Macron di Twitter pada  Ahad.

“Olivier Dassault menyayangi Perancis. Seorang pemimpin industri, ahli politik… selama hidupnya, beliau tidak pernah berhenti berkhidmat untuk negara kita. Kematiannya satu kehilangan besar. Takziah untuk keluarga beliau,” tweet Macron, lapor Agensi Berita Xinhua.

Olivier Dassault, 69, meninggal dunia pada Ahad dalam nahas helikopter di bandar Touques wilayah Normandia utara Perancis. Juruterbang helikopter itu turut terkorban, lapor radio tempatan Eropah 1.

Dassault Group antara konglomerat terkaya di Perancis, memiliki Dassault Aviation, pengeluar jet tentera dan Group Figaro, sebuah firma media. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas