Berita

“Angan-Angan Jadi Kenyataan, Nak Nangis Wei!” – ZOEY RAHMAN

|ANGAN-angan pada tahun 2019 akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah...
- Diterbit 24 November 2020 6:08 AM MYT

PELAKON yang juga usahawan produk terkenal, Zoey Rahman meluahkan rasa syukur apabila produk kesihatan dan kecantikan miliknya, Mika Series kini dijual di Watsons.

Bagi Zoey, angan-angannya memasuki pasaran farmasi penjagaan kesihatan dan kecantikan itu, akhirnya menjadi kenyataan.

“Angan-angan menjadi kenyataan. Nak nangis wei!

“Alhamdulillah.. Bersyukur sangat-sangat apabila angan-angan tahun 2019 kini menjadi realiti. 

“Apabila Mika Series dapat menembusi pasaran Watsons, tidak dinafikan memang susah nak masuk pasaran Watsons, maklumlah produk tempatan kan,” tulisnya di instagram miliknya. 

ANGAN-angan pada tahun 2019 akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah…

Menurut Zoey, produknya kini boleh dibeli di 50 outlet Watsons seluruh Malaysia. 

“Berkat kesabaran dan usaha saya dan  team kesayangan, Alhamdulillah, kini 50 buah outlet Mika Series tawan.

“Insya Allah beratus-ratus outlet lagi di tahun 2021. Terima kasih pada korang yang sentiasa support produck Mika Series. Semoga Allah membalas jasa korang. Amin,” katanya lagi.

Zoey mula aktif dalam perniagaan produk kesihatan dan kecantikan Mikaseries sejak tahun 2016. Kini produknya sudah setaraf jenama antarabangsa. Semoga terus sukses! – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas