Berita

Anak muda sambut baik 1,122 lokasi niaga baharu

|||||||
- Diterbit 10 Julai 2020 6:30 AM MYT

INISIATIF KWP memperkenalkan program pembangunan usahawan untuk anak muda kota dilihat sangat tepat dan terbaik. Ini kerana, ia secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang muda di samping mendedahkan golongan itu dengan dunia perniagaan sekali gus dapat mewujudkan peluang perniagaan seterusnya.

“Wahai golongan muda, masa inilah peluang untuk menonjolkan bakat perniagaan dan potensi diri.” 

NUR AZREEN ARIFIN, 32
Ahli Perniagaan

PROGRAM yang diperkenalkan KWP menggalakkan peniaga dari golongan muda, graduan baru serta pekerja yang dibuang selepas atau semasa pasca Covid-19 kembali mempunyai sumber pendapatan. 

“Malah, sistem permohonan online memudahkan anak muda mendaftar di samping syarat kelayakan yang minima. Ruang niaga yang ditawarkan juga berada di lokasi menarik.” 

EDZMEER ADENAN, 28
Eksekutif Operasi Makanan

PENYEDIAAN 1,122 tapak perniagaan di 169 lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya amat membantu warga kota serta penduduk sekitar menjalankan perniagaan khususnya mereka yang kehilangan mata pencarian baru-baru ini.

“Namun, ia bukan hanya peluang tetapi merupakan cabaran untuk golongan muda bersaing di samping mendapatkan pengalaman.”

NIK SAIDATUL NIKMATIN NIK ZAINUDIN, 24
Pelajar UniSHAMS

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas