Berita

12 lot niaga di Putrajaya, permohonan sehingga 14 Julai 2020

DUA lot sewaan gerai dibuka di Pasar Awam Presint 8, Putrajaya.
DUA lot sewaan gerai dibuka di Pasar Awam Presint 8, Putrajaya. DUA lot sewaan gerai dibuka di Pasar Awam Presint 8, Putrajaya.
- Diterbit 10 Julai 2020 6:45 AM MYT

PERBADANAN Putrajaya (PPj) mengalu-alukan komuniti setempat dan orang ramai memohon 12 lot sewaan premis yang ditawarkan di enam lokasi sekitar Putrajaya.

Difahamkan, permohonan perlu dihantar sebelum pukul 4.30 petang, 14 Julai 2020.

PPj menerusi kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, lokasi yang ditawarkan
adalah di Kiosk Persiaran Perdana, Presint 3; Pasar Awam Presint 8 dan Medan Selera Presint 8.

Selain itu, ujarnya, turut ditawarkan adalah di Medan Selera Presint 9; Pasar Awam Presint 16 dan Tapak Food Truck Putrajaya.

Menurut PPj, enam lot ditawarkan di Food Truck manakala satu lot di setiap lima lokasi
berikutnya.

“Syarat permohonan adalah pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia serta berumur 18 tahun ke atas sahaja dan telah mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM).

“Borang permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada alamat Blok B, Aras 5, Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan, Kompleks PPj, Presint 3, 62675 Putrajaya.

“Hanya permohonan lengkap sahaja yang akan diterima dan diproses,” katanya.

PPj memaklumkan, borang permohonan boleh diperoleh melalui laman sesawang
https://bit.ly/2C2272T atau layari portal rasmi PPj di www.ppj.gov.my.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-88877231/7406/7448/7219.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas