Berita

“Allah berat rasanya bahu ini” – anak Aepul Roza & Leez positif COVID-19

AEPUL bersama isteri dan anak mereka
- Diterbit 18 Januari 2021 10:48 PM MYT

SETELAH vokalis Drama Band, Aepul Roza disahkan positif COVID-19 lima hari lalu, dia dan isterinya, Leez Rosli  diduga apabila anak mereka Nur Saffiya Alisha,5, turut dijangkiti virus berkenaan.

Bagaimanapun, pelakon Leez disahkan negatif.

Menerusi InstaStorynya, Leez yang kini hamil berkata dugaan ini sungguh berat namun tidak mematahkan semangatnya.

“Hasil keputusan ujian calitan, anak perempuan kami disahkan positif Covid-19. Allah berat rasanya bahu ini.

“Duduk elok-elok dengan daddy ok, umi janji umi kuat untuk jaga tiga orang, daddy, Alisha dan adik dalam perut,” tulisnya.

Rabu lalu, Aepul disahkan positif virus tersebut setelah menjalani ujian calitan buat kali kedua di sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas