Berita

Shuib tinggalkan Hot FM, fokus bisnes

SHUIB (tengah) akan meninggalkan Hot FM setelah dua tahun berkhidmat
- Diterbit 18 Januari 2021 10:15 PM MYT

AGAK mengejutkan banyak pihak apabila penyampai radio Hot FM, Shuib Sepahtu mengambil keputusan untuk meninggalkan stesen berkenaan setelah dua tahun mengendalikan segmen Geng Pagi Hot. 

“Kurang beberapa hari lagi sebab kontrak saya tamat 31 Januari 2021. Nak bagi tahu hari ini, dengan secara rasminya yang saya tidak akan ada lagi bersama Geng Pagi Hot,” katanya ketika ke udara pagi semalam yang membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah punca pengunduran Shuib.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, akan membuat kemunculan kali terakhir di konti Hot FM bersama rakan penyampainya iaitu Shuk dan Fizie menerusi program yang sama, Jumaat ini.

Difahamkan, keputusan Shuib untuk tidak menyambung kontrak dan meninggalkan Hot FM kerana ingin memberi fokus sepenuhnya terhadap perniagaan yang dijalankan.

Shuib mengendalikan segman Geng Pagi Hot bersama Shuk dan Fizie bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi, setiap isnin hingga Jumaat.

Selain bergiat aktif dalam bidang seni, Shuib merupakan seorang usahawan yang menjalankan beberapa perniagaan termasuk produk minuman air boba berasaskan madu lebah, BubbleBee – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas