Berita

Aktiviti glamping catat penyertaan luar negara

AKTIVITI yang julung kali diadakan berjaya mencatat sebanyak 250 penyertaan
- Diterbit 5 Januari 2024 11:50 AM MYT

PROGRAM Glamping Borneo Ambang Tahun Baharu 2024 baru-baru ini berjaya mencatat sebanyak 250 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Aktiviti yang julung kali diadakan itu mencatatkan 25 penyertaan daripada negara jiran Brunei diikuti Sabah 24; Sarawak 15 serta Labuan 186.

Dalam program itu, sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu kategori terbuka dan kategori agensi.

Bagi kategori agensi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dinobatkan sebagai johan dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

Manakala naib johan diraih Jabatan Imigresen Malaysia sementara Jabatan Perpaduan mendapat tempat ketiga dan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM800 dan RM600.

Untuk kategori terbuka, Tenda Lakibiny & Blacklite muncul tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 selepas penentuan mata menewaskan Soulmate Camperz yang akur di tempat kedua (RM15,00) diikuti Rer Camperz di tempat ketiga (RM1,000).

Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas