Berita

Aina Abdul juara Vokal Mania… tewaskan Tomok, Lan Solo dan Indah Ruhaila

- Diterbit 26 Disember 2020 10:44 PM MYT

TAHNIAH kepada penyanyi bervokal mantap Aina Abdul diumumkan sebagai juara Vokal Mania musim pertama pada konsert akhir malam tadi. 

Kemenangan tersebut sekali gus mengalahkan Tomok, Indah Ruhaila dan Lan Solo yang turut bertanding sebagai Idol.

Hasil kemenangan itu, Aina yang bertanding bagi kategori Idol itu membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 berserta trofi.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27, mempersembahkan lagu Shadow untuk persembahan solo manakala lagu Flashlight dendangan asal Jessie J pula bagi pusingan battle bersama Rookie iaitu Danial Chuer pula.

Sementara itu, juara bagi kategori Rookie, Aisha Retno membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 termasuk peluang merakamkan satu lagu berserta penghasilan sebuah video muzik.

Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno, 20, menyanyikan lagu Lelaki Teragung nyanyian asal Dayang Nurfaizah bagi persembahan solo dan Asmaradana (Tiara Jacquelina) battle bersama Lan.

Aisha turut mengalahkan tiga lagi penyanyi amatur lain iaitu Danial, Eranzz Lambert dan Alif Kadim yang turut beraksi di pentas akhir. 

Pentas akhir Vokal Mania kekal menyaksikan Misha Omar dan Yusry Abdul Halim sebagai juri tetap dan Adibah Noor pula sebagai juri jemputan.

Vokal Mania dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas