Berita

Neelofa dan PU Riz putus tunang ke? Warganet sedih…

- Diterbit 27 Disember 2020 2:38 AM MYT

KECOH menjadi bualan di media sosial apabila hubungan Neelofa,31,  dan PU Riz atau Haris Ismail, 25, dikatakan kononnya sedang retak menanti belah. 

Antara isi perbualan yang rancak diperkatakan adalah teka-teki adakah pasangan yang dikatakan bertunang pada 1 November lalu itu sudah putus.

Spekulasi ini seolah-olah hampir betul apabila adik beradik Neelofa iaitu  Noor Nabila memuatnaik status memberi bayangan kepada hubungan adiknya dan PU Riz.

Menerusi petikan yang dimuat naik Noor Nabila semalam, dia berpesan agar supaya berkahwin dengan lelaki yang tetap bercakap baik walaupun sedang marah.

“Pasangan baik tidak cuba menghina anda ketika sedang marah. Ini kerana sangat menghormati dan tidak mahu kehilangan dalam perselisihan kecil.

“Saya sangat berhati-hati dengan orang yang tindakannya tidak sesuai dengan kata-kata.

“Warna sebenar seseorang akan terbongkar secara perlahan-lahan. Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara, tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi.

“Mengikut karma, jika seseorang sudah menunjukkan warna sebenar, tidak perlu cuba mewarnai kembali. Adakah kita menghampiri kebenaran?” Tulis Noor Nabila dalam nada pertanyaan.

Bukan hanya Nabila, malah ibu mereka Darin Noor Kartini dan adik-beradiknya Athisha Khan dan Ameera Khan turut meluahkan rasa tidak puas hati di Instagram Stories (IG Story).

Mereka juga mula ‘unfollow’ PU Riz dalam IG, selain memadam foto ketika majlis perisik. 

Apakah yang terjadi sebenarnya? Semoga segalanya dapat diselesaikan secara baik. Doakan yang baik-baik ya! – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas