Berita

Abu Bakar Mamat serah watikah perlantikan kepada Sebastian Pinera

ABU BAKAR (kiri) bersama Pinera (kanan) beramah mesra di Istana La Moneda awal pagi ini.
- Diterbit 6 November 2020 6:13 AM MYT

DUTA Besar Malaysia yang baru dilantik ke Republik Chile, Abu Bakar Mamat, menyampaikan watikah perlantikannya kepada Presiden Sebastian Piñera dalam satu upacara di Istana La Moneda awal pagi ini.

Turut hadir ialah Menteri Luar Chile, Andrés Allamand. Dalam perbincangan dengan Presiden, Tuan Yang Terutama Abu Bakar menyampaikan ucapan selamat dari Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Presiden dan rakyat Chile.

Selaku Duta Besar Malaysia ke Chile, Abu Bakar mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada Pinera mengenai persiapan terkini Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC yang akan dihoskan oleh Malaysia pada 20 November.

Pinera telah mengesahkan kehadirannya ke pertemuan maya (Apec yang pertama), dengan fokus pada tindak balas APEC dalam mengurangkan kesan ekonomi dan impak terhadap kesihatan dunia dari pandemik COVID-19, dan pelancaran Visi APEC Pasca 2020. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas