Berita

“Beginilah Agaknya Rupa Wajah Terakhir Saya” – FARHAN ASRI Terbayang Mati

|ANTARA babak lakonan Farhan Asri dalam Menantu Tok Sintok|FARHAN ASRI antara pelakon muda berbakat besar
- Diterbit 6 November 2020 7:54 AM MYT

MATI itu pasti. Bila dan di mana, itu semua rahsia Allah.

Begitulah yang dirasai oleh pelakon kacak Farhan Asri,23, ketika melakonkan watak sebagai Badrol dalam siri drama Menantu Tok Sintok terbitan A Aida Production Sdn Bhd.

Pengalaman dikafankan melahirkan rasa insaf buat pelakon yang semakin popular ini.

ANTARA babak lakonan Farhan Asri dalam Menantu Tok Sintok

“Kematian bukan satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Namun mati itu pasti dan ia kekal menjadi rahsia Allah. 

“Beginilah agaknya rupa wajah terakhir saya sebelum ke negara abadi.  Perasaan sedih, tergamam, gemuruh, takut, gementar dan macam-macam lagi bermain di fikiran masa penggambaran drama Menantu Tok Sintok. 

“Agak takut jugalah bila ada babak dikafankan. Watak Badrol yang saya bawakan ini benar-benar memberi iktibar dan keinsafan. 

“Gila tak insaf bila tengok diri sendiri dikafankan. Jujur cakap saya belajar banyak benda dalam drama ini seperti mandikan jenazah, kafankan jenazah mahupun gali kubur,” luah Farhan Asri menerusi instagramnya.

FARHAN ASRI antara pelakon muda berbakat besar

Bagi Farhan, babak dikafankan ini merupakan satu peringatan buat dirinya agar tidak terus leka dengan nikmat dunia. 

“Saya bersyukur Allah bagi saya rezeki ini. Sedikit sebanyak Dia jentik hati saya supaya tak terus leka. Saya juga timba satu pengalaman baru yang tak pernah saya bayangkan dan tak mudah untuk dilakukan sebab pikul tanggungjawab berat kali ini. 

“Eh! emosi pulak hari ini. Sebenarnya just nak share ini salah satu babak yang perlu saya  bawakan dalam drama Menantu Tok Sintok siaran Salam Hd tak lama lagi. 

“Doakan semoga perjalanan karier saya dipermudahkan dan mendapat kepercayaan ramai. Terima kasih kepada penerbit Datuk  A. Aida sebab beri kepercayaan dan tidak dilupakan pengarah hebat Lizam Togel (Ujang) sebab selalu mencabar saya jadi lebih baik serta krew produksi yang sporting dan terbaik,” ujarnya lagi yang turut Tercalon dalam Top 20 untuk kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-33.

Drama lakonan Farhan Asri sebelum ini adalah Cik Reen Encik Ngok Ngek. Semoga terus sukses! – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas