Berita

Strategi perkasa ekonomi, bukan ‘gula-gula’ politik

KERAJAAN fokus mengatasi masalah ekonomi demi kesejahteraan rakyat. - Gambar hiasan
- Diterbit 4 Ogos 2023 1:00 AM MYT

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan Pelan Ekonomi Madani baru-baru ini bukan ‘gula-gula’ ­politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti yang didakwa beberapa pihak.

SYED AGIL

Penganalisis ­politik, Dr Syed Agil Alsagoff ­berpandangan, ia ­merupakan strategi kerajaan untuk memperkasa ekonomi rakyat di mana pengumuman tersebut ­ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

“Pengumuman itu ­dibuat kebetulan berkaitan musim PRN, ­bagi saya itu tak salah kerana ­strategi kerajaan memang dah dirancang dan ­bersedia untuk dilaksanakan ­selepas ­pengumuman tersebut.

“Ini juga masa yang sesuai ­diumumkan pada rakyat kerana ia bukan sahaja melibatkan enam buah negeri yang terlibat dalam PRN tetapi seluruh Malaysia akan menerima manfaat ­inisiatif berkenaan,” ujar beliau ketika ­dihubungi Wilayahku.

Tambah beliau, ­rakyat ­harus bersikap optimis ­terhadap ­pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri kerana ia merupakan cara bagaimana ­kerajaan menyelesaikan masalah rakyat.

“Jika ada yang tidak berpuas hati terhadap pengumuman yang dibuat, mereka bebas untuk buat sanggahan dan aduan berkaitan hal tersebut.

“Jadi saya fikir bahawa inisiatif ekonomi tersebut tidak dianggap gula-gula kerana ia dapat menjana ekonomi dan meningkatkan kualiti sara hidup rakyat pada masa yang sesuai iaitu sekarang.

“Tiada masalah pun umum ­bila kerana rakyat boleh ­menilai ­inisiatif yang dibuat dengan ­bijak,” ujar beliau menjelaskan inisiatif Ekonomi Madani adalah ­penambahbaikan pada Belanjawan 2023.

“Ini merupakan masa yang ­paling tepat untuk ­diumumkan ­kerana pada hujung tahun ini akan ada pembentangan ­bajet, jadi ­sebelum itu baik buat ­penambahbaikan ­pada bajet yang telah diumumkan sebelum ini,” ujar beliau apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk mengatasi masalah ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas