Selebriti

Getaran Jiwa: Vokal Aruel, Santiana pukau juri

|
- Diterbit 5 November 2022 9:04 AM MYT

MEMUKAU juri. Itulah yang dapat digambarkan persembahan vokal peserta rancangan hiburan Getaran Jiwa (TVS) iaitu Aruel Ariel dan Santiana Ramli pada minggu ketiga.

Kedua-duanya berjaya mara ke peringkat separuh akhir yang bersiaran secara langsung dari Stadium MBKS, Bintawa, Sarawak, malam tadi.

Guru vokal Aruel menepati ramalan sewaktu
mendendangkan lagu Putus Sudah Kasih Sayang bergenre latin tango apabila mendapat tepukan gemuruh daripada juri jemputan, Noraniza Idris selepas persembahannya.

Sementara itu, guru Bahasa Inggeris dari SK Bingkor, Keningau, Sabah iaitu Santiana Ramli, 30 turut berjaya mencipta momen indah malam tadi.

Mendendangkan lagu Tiru Macam Saya, persembahan Santiana berjaya memikat hati juri dan penonton.

Menurut Pengurus Saluran TVS, Aizal Ibrahim, Aruel dan Santiana berjaya meraih markah tertinggi pada minggu ketiga Getaran Jiwa.

“ Aruel Ariel meraih kutipan 67.3 markah manakala Santiana Ramli pula mendapat 56.1 markah.

“Bagi enam peserta yang tidak berjaya pula adalah Isa (39.8 markah), Najiha (40.1 markah), S. Zainal (29.9 markah), Nora James (44.2 markah), Zulrasit (39.3 markah), dan Maxwell Syawal (37.9 markah),” katanya.

Kejayaan Aruel dan Santiana akan menyaksikan pertembungan antara Sam Dean, Izwan Dahlan, Suili George dan Mady Spuan untuk berentap di separuh akhir.

Empat lagi peserta yang akan mara ke separuh akhir akan diketahui menerusi episod keempat dan minggu kelima.

Getaran Jiwa bersiaran setiap Jumaat, jam 8:45 malam di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas