
“SAYA mengenali apam balik ini sejak dibangku sekolah rendah lagi yang mana dahulunya gerainya terletak di Pasar Lama. Kiranya lebih 30 tahun saya membeli apam balik di sini. Apabila datang sahaja ke Pasar Sentral pasti saya akan singgah ke gerai mereka untuk membeli.
“Rasa apam balik yang dihasilkan sememangnya tidak pernah mengecewakan. Harga juga berpatutan serta rasa yang sedap dan saiz lebih besar berbanding kuih apam balik di tempat lain.

“KUIH apam balik menepati citarasa saya sejak dari dahulu lagi. Setiap minggu saya pasti datang ke sini untuk membeli kuih lejen ini,
“Kalau ditanya perisa apa, saya lebih menyukai yang asli sejak lebih 20 tahun lalu. Kalau kami sekeluarga pulang ke Labuan, memang kami teringat kuih apam balik Aminah. – WILAYAHKU