Berita

Labuan jadi hub maritim serantau

WEE Ka Siong (tengah) menyaksikan MoU di antara Victoria STS Sdn Bhd dan Fendercare Marine Asia Pacific Pte Ltd berhubung kerjasama pemindahan kargo dari kapal ke kapal di sini, baru-baru ini. WEE Ka Siong (tengah) menyaksikan MoU di antara Victoria STS Sdn Bhd dan Fendercare
- Diterbit 28 Mei 2022 8:00 AM MYT

WILAYAH Persekutuan Labuan bakal menjadi hub terbesar bagi perkhidmatan pemindahan kargo kapal ke kapal (STS) di rantau Asia,” kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Wee Ka Siong berkata, ia akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pemain industri malahan kepada seluruh masyarakat di pulau itu secara keseluruhannya.

Katanya, Labuan yang terletak secara strategik di tengah-tengah Asia Tenggara dan kedalaman semula jadi perairannya boleh dibangunkan menjadi sebuah negeri ekonomi yang rancak.

“MOT berpendapat Labuan mempunyai ramuan untuk menjadi hab maritim di rantau ini, dan kita harus berusaha untuk merealisasikan rancangan ini.

“Kami mahu menjadikan Labuan sebagai pulau yang mampu merangsang ekonomi terutama dalam sektor berkaitan maritim untuk kesejahteraan rakyat di sini dan MOT berpendapat industri maritim boleh menjana aktiviti ekonomi untuk penduduk Labuan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Victoria STS Sdn Bhd dan Fendercare Marine Asia Pacific Pte Ltd berhubung kerjasama pemindahan kargo dari kapal ke kapal di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, dengan aktiviti perkhidmatan STS yang itu menunjukkan Labuan berpotensi menjadi hab maritim terbesar di serantau.

Dalam perkembangan lain, Wee Ka Siong turut memaklumkan kementeriannya akan mengkaji secara terperinci mengenai cadangan pembinaan pelabuhan baharu di Rancha-Rancha.

Jelasnya, kementeriannya telah meminta agar Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) menyediakan dokumen Request For Proposal (RFP) dan garis panduan yang lengkap untuk diserahkan kepada pembida yang berminat.

“Saya perlu menunggu garis panduan RFP daripada LPA
terlebih dahulu sebelum menjemput penyokong projek dan LPA akan mengkaji dan menilai untuk pengesahan dengan MOT,” katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas