Berita

Menu dessert strawberi menggiurkan

Dessert with strawberries and whipped cream on a white background
- Diterbit 22 Januari 2022 2:30 AM MYT

STRAWBERI merupakan salah satu buah yang paling disukai oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Buah ini mempunyai lebih banyak vitamin C daripada banyak buah sitrus.

Buah strawberi yang merah ranum itu memang cukup sedap dimakan begitu sahaja. Keenakan jem strawberi sesuai sangat dimakan dengan roti atau pastri yang lain.

Buahan yang kaya vitamin dan tinggi kandungan antioksidannya juga memang gerenti sedap apabila dibuat kek dan pastri.

Wilayahku edisi kali ini kongsikan kepada anda sajian pencuci mulut kek dan pastri untuk dicuba. Selamat mencuba!

STRAWBERRY TRIFLE

BAHAN KEK

150 gram tepung kek

150 gram mentega

150 gram gula kastor

3 biji telur

1 sudu teh serbuk penaik

BAHAN UNTUK MELAPIS TRIFLE

3-4 biji strawberi dipotong

300 ml krim putar dipukul hingga kembang

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan tepung kek dengan serbuk penaik dan ketepikan.
  2. Pukul telur dan mentega hingga kembang kemudian masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati.
  3. Tuang adunan di dalam loyang 10×10 inci dan bakar pada suhu 180˚C selama lebih kurang 20-25 minit hingga masak.
  4. Sejukkan dahulu dan potong kek mengikut saiz bekas yang digunakan untuk menghidang.
  5. Letakkan lapisan kek pada dasar bekas, susun strawberi dan picitkan krim putar yang sudah dipukul kembang tadi di bahagian atasnya.
  6. Hiaskan dengan potongan strawberi. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
  7. Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.

STRAWBERRY & CHOCOLATE CREAM CHEESE NAPOLEON

BAHAN-BAHAN

500 gram doh puff pastri

1 biji telur

7-8 biji buah strawberi

BAHAN KRIM KEJU COKLAT

50 gm gula ising

20 gm serbuk koko

225 gm krim keju

½ sudu esen vanila

CARA PENYEDIAAN

  1. Canai nipis doh puff pastri dan potong saiz petak kecil.
  2. Bakar dengan suhu 200˚C selama lebih kurang 25-20 minit hingga perang. Biarkan sejuk seketika.
  3. Pukul gula ising dan krim keju hingga sebati, masukkan serbuk koko dan esen vanila.
  4. Pukul lagi hingga kembang.
  5. Potong buah strawberi. Picitkan sedikit krim keju coklat di atas satu kepingan puff pastri yang sudah dibakar tadi. Susunkan buah strawberi dan lapiskan dengan satu lagi kepingan puff Picit lagi krim keju coklat dan hias dengan sedikit hirisan strawberi.
  6. Sedia untuk dihidangkan. – WILAYAHKU
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas