PERSATUAN Kelab Golf Labuan (LGC) anjur kejohanan amal meraikan pewira tanah air Hassan Selati sebagai penghargaan ke atas pengorbanan pewira itu sempena sambutan Hari Malaysia, baru-baru ini.
Menurut presidennya, Datuk Gapilin Nasaruddin, kejohanan itu dibuat adalah sebagai sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September bagi memperingati peristiwa pembentukan Malaysia.
“Selain itu, tujuan kita mengadakan kejohanan ini sebagai memperingati jasa dan pengorbanan seorang pewira iaitu Hassan Selati yang menabur bakti mempertahankan dan memperjuangkan kemerdekaan dari penjajah,” katany kepada pemberita di majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di Kelab Golf Labuan, pada Khamis lalu.
Gapilin berkata, pihaknya turut menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai kepada Hassan Selati untuk membantu meringankan bebannya.
“Kita juga menyalurkan sumbangan kepada beliau berbentuk wang tunai sejumlah RM2,000 untuk meringankan perbelanjaan,” katanya.
Terdahulu, Hassan Selati, 88, merupakan pesara tentera yang merupakan anak kelahiran Hulu Selangor dan telah mula berkhidmat pada tahun 1952.
Beliau mula bertugas di pulau ini pada tahun 1963 sehingga 1979 dan menetap di sini sehingga kini. – WILAYAHKU