
“TERIMA Kasih KWP di atas pelaksanakan RumahPrihatin@Grand seasons bagi membantu warga Wilayah Persekutuan termasuk petugas barisan hadapan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 melalui bantuan seperti khidmat kesihatan Mental Prihatin yang memberikan khidmat kaunseling kepada individu atau keluarga yang memerlukan sokongan emosi. Ia wajar diteruskan sehingga tahap kesihatan mental rakyat dinegara ini kembali pulih dalam waktu pandemik.”

“SAYA ingin merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada KWP kerana mengambil langkah terbaik dengan menyediakan kemudahan yang dapat membantu golongan memerlukan untuk mendapatkan inisiatif Rumah Prihatin@GrandSeasons seperti Khidmat Vaksinasi Prihatin, Bilik Penginapan Prihatin dan sebagainya yang semestinya memberi nafas lega dan mengurangkan permasalahan yang dialami masyarakat di waktu pandemik.”

“DENGAN bayaran RM30, warga WP dapat menenangkan fikiran seketika terutama bagi keluarga yang terpaksa berhimpit dan berkumpul dengan kapasiti rumah yang penuh. Saya rasa inisiatif ini perlu disambut oleh hotel bertaraf tinggi di Kuala Lumpur memandangkan ketika ini sukar untuk menerima pelancong.

“RUMAH Prihatin@GrandSeasons sangat membantu pada masa ini kerana ia memberi kemudahan pada golongan sasaran dengan lebih tepat, cepat dan mudah serta sebagai pekerja YWP, inisiatif ini telah mempercepatkan pemberian vaksinasi kepada masyarakat dengan menyasarkan golongan yang tidak mempunyai temu janji vaksinasi.”

“KHIDMAT Vaksinasi Prihatin yang menyasarkan golongan penjaja memberi kelegaan kepada kami untuk memperoleh vaksin dengan kadar segera memandangkan para peniaga terdedah dengan risiko kebolehjangkitan COVID-19.” – WILAYAHKU – HAZIRAH HALIM