JIKA ramai yang sedih kerana tidak boleh merentas negeri untuk menyambut hari raya, penyanyi lagu Sedalam-dalam Rindu, Tajul Arif, 23, pula menganggap tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah yang terbaik buat anak-anaknya.
“Biasanya setiap tahun balik beraya di Seremban, tapi tahun ini beraya di rumah sendiri bersama isteri dan anak di Kuala Lumpur.
“Sebenarnya bagus juga PKP, baik untuk anak-anak saya termasuklah yang baru dilahirkan baru-baru ini. Iyalah.. antibodi mereka belum kuat, jadi PKP sedikit sebanyak menghalang mereka daripada terdedah kepada orang luar.
“Iyalah, kalau bukan musim PKP, tentu ramai yang datang ziarah anak-anak saya dan secara tak langsung mendedahkan mereka dengan COVID-19,” jelas Tajul Arif yang kini bahagia bersama isterinya Nurul Shamieza Eddie dan anak-anak mereka, Adriana Carisa yang berumur setahun serta bayi lelaki yang baru berusia beberapa hari. – WILAYAHKU