Berita

Zali Rusli sedih tetapi pasrah

- Diterbit 14 Mei 2021 11:00 PM MYT

PENYANYI Zali Rusli, 16, yang juga adik Haqiem Rusli ini mengaku terpaksa melupakan hasrat mahu bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi.

Ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang dilaksanakan perlu dipatuhi demi kebaikan rakyat.

“Setiap tahun saya beraya di Hulu Langat, Selangor bersama keluarga. Jadi, tidak timbul soal kecewa atau sedih kerana saya tinggal bersama keluarga.

“Namun apa yang menyedihkan perancangan kami sekeluarga untuk bercuti di Pulau Langkawi terpaksa dilupakan. Hari raya sahaja waktu sesuai bercuti kerana semua ahli keluarga ada.

“Memanglah sedih tetapi saya pasrah dan reda. Pastinya ada hikmah.

“Apa-apa pun saya faham PKP adalah untuk kebaikan semua dalam usaha memerangi COVID-19,” ujar Zali Rusli yang berharap rakyat bersabar dengan dugaan ini.

Baginya, semua orang mahu bersama keluarga di hari raya terutamanya mereka yang berjauhan. Namun PKP ini perlu diterima dengan hati terbuka demi kebaikan semua.

“Saya tahu ramai sedih apabila tidak dapat balik kampung beraya bersama mak, ayah dan keluarga.

“Apa yang saya lihat, ada kebaikannya apabila virus COVID-19 dapat dikawal. Kadang-kadang kita tidak tahu yang kita adalah pembawa COVID-19 yang boleh membahagiakan keluarga di kampung,” luah Zali yang muncul dengan lagu Kamu Cantik Malam Ini ciptaan Haqiem Rusli dan Sharon Paul. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas