Berita

Raya PKP…“Suasana lebih terkawal” – Muna Shahirah

- Diterbit 13 Mei 2021 11:00 PM MYT

PENYANYI  lagu Teguh Setia dan Takdir Cinta, Muna Shahirah,26, yang beraya di Mersing, Johor, mengaku rindukan suasana hari raya sebelum negara diserang COVID-19.

Bagi Muna, walaupun hari raya tidak semeriah dulu, namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) adalah yang terbaik bagi mengawal kes COVID-19 daripada terus meningkat.

“Bagi saya, beraya dalam tempoh PKP ini ada kebaikan kerana suasana lebih terkawal.

“Jika tahun lepas ramai yang tidak boleh terima beraya tanpa keluarga, tetapi tahun ini mereka sudah boleh faham situasi kenapa tidak boleh merentas negeri demi kebaikan semua.

“Tidak dinafikan, saya rindu kemeriahan suasana menyambut hari raya bersama atuk, nenek dan saudara mara di Pahang.

“Bagi saya hari raya adalah masa untuk keluarga berkumpul, namun disebabkan PKP semua itu terpaksa dilupakan,” ujar Muna Shahirah yang bakal muncul dengan lagu baharu tidak lama lagi.

Sebelum ini Muna popular menerusi lagu Bagaimana, Suratan Luka dan Takdir Cinta. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas