SERAMAI 74 individu tinggal sehelai sepinggang apabila empat buah rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Gersik disini, petang tadi.
Kebakaran itu membabitkan empat buah rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Ismaidi Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 petang dan dua jentera telah dihantar ke lokasi kejadian.
” Api kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 4.41 petang,” katanya ketika dihubungi WilayahKu.
Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KHAIRUL – WILAYAHKU