Berita

Adegan mandi… Ramai kagum tubuh sedap MK

|AKSI MK untuk sebuah video mempromosi produk penjagaan rambut.
- Diterbit 20 Mac 2021 8:00 PM MYT

PENYANYI rap bertubuh sedap MK dari kumpulan K-Clique mengejutkan ramai peminat apabila muncul dengan adegan mandi dan tidak berbaju dalam sebuah video yang dimuatnaik dalam instagramnya.

Difahamkan video yang menampilkan MK berimej seksi ini adalah untuk mempromosi produk penjagaan rambut keluaran tempatan, Sugardoll.

AKSI MK untuk sebuah video mempromosi produk penjagaan rambut.

Rata-rata netizen memuji tubuh dan penampilan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan,25, yang kelihatan lebih tegap dan sado.

“sedapppppp” – @hj.zil
“Dalam air pun hensem” – @nrfaeyzahh
“Kenapalah segak sangat” – @dakkcik
“So handsome” – @syaqirahkyra
“Hidup aku bagai mimpi, betul-betul macam mimpi” – @mastura.mn
“Style lo mylo” – @arifdanialzehhh
“Tak penat ke jadi handsome” – @syues_

Itulah antara komen peminat apabila melihat aksi MK tidak berbaju dalam kolam renang.

Itulah MK. Apa yang dia lakukan, pasti jadi perhatian. Diharapkan usaha MK belajar agama juga turut dicontohi oleh para peminat ya! – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas