SETELAH vokalis Drama Band, Aepul Roza disahkan positif COVID-19 lima hari lalu, dia dan isterinya, Leez Rosli diduga apabila anak mereka Nur Saffiya Alisha,5, turut dijangkiti virus berkenaan.
Bagaimanapun, pelakon Leez disahkan negatif.
Menerusi InstaStorynya, Leez yang kini hamil berkata dugaan ini sungguh berat namun tidak mematahkan semangatnya.
“Hasil keputusan ujian calitan, anak perempuan kami disahkan positif Covid-19. Allah berat rasanya bahu ini.
“Duduk elok-elok dengan daddy ok, umi janji umi kuat untuk jaga tiga orang, daddy, Alisha dan adik dalam perut,” tulisnya.
Rabu lalu, Aepul disahkan positif virus tersebut setelah menjalani ujian calitan buat kali kedua di sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor. – WILAYAHKU