Berita

Foto Ala Pre-Wedding, Betul Ke HARRIS ALIF dan INTAN LADYANA Dah Nak Kahwin?

|HARRIS bahagia di sisi Intan Ladyana
- Diterbit 5 Disember 2020 10:07 PM MYT

TEKA-teki pelakon, penyanyi dan pengacara Harris Alif,21, bakal mengahwini kekasihnya Intan Ladyana,38, dalam masa terdekat hampir terjawab  apabila dia berkongsi foto menyerupai konsep pre-wedding menerusi akaun Instagram miliknya. 

Apa yang pasti, usianya yang masih muda bukanlah halangan buat Harris untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Intan. 

“Maaf, buat masa ini saya tak mahu komen mengenainya.

“Kalau bercakap pasal tanggungjawab, ia bukanlah terletak pada umur semata-mata, tak semestinya begitu, tanggungjawab itu harus dilihat pada diri kita sendiri.

“Tak semestinya umur seseorang itu muda dia tidak bertanggungjawab, dan tidak semestinya jika seseorang itu dewasa atau tua bermaksud dia bertanggungjawab, soal tanggungjawab ini terpulang pada diri sendiri,” katanya yang lebih selesa  menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Ilahi. 

HARRIS bahagia di sisi Intan Ladyana

“Bab sebegini saya serahkan kepada kuasa Allah, kalau ada jodoh saya, Insya-Allah ada lah, saya terima sahaja, kita doakan sahaja perkara baik-baik.

“Kalau ada apa-apa perkembangan, sudah tentu saya akan maklumkan selepas ini,” tuturnya menutup bicara.

Semoga segala perancangan kahwin Harris Alif dan Intan Ladyana berjalan lancar dan segalanya dipermudahkan.. Amin…- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas