PERJUANGAN penyanyi Rozita Izlyn nampaknya berakhir pada konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang berlangsung malam tadi.
Mengaku sudah pun melakukan yang terbaik, namun persembahan Rozita melalui lagu Mengapa Sukar Melafazkan Maaf bersama Ezad Lazim, gagal menambat hati juri.
Penyingkiran Rozita dengan markah terendah (57.40) ini sekaligus tidak melayakkan Rozita untuk berada di konsert minggu ketujuh.
Konsert kali ini menyaksikan Noraniza Idris memperoleh markah tertinggi iaitu 79.60 diikuti Cliff Umar (79.00), Aju Success (71.30), Muss (67.60), Oja (67.30), Ashira (65.30), Linda Nanuwil (64.5), Yantzen (62.40) dan Ayu Damit (60.20).
Selain Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap, Datuk Awie dan Aishah turut dijemput sebagai juri jemputan. – WILAYAHKU
Persembahan Minggu Ke-7 (Tema Take Over)
Canggung – Noraniza Idris
Rozana – Cliff Umar
Hanya Rindu – Aju Success
Sembah – Muss
Amalina – Oja
Sekilas Senyumanmu – Ashira
Suci Dalam Debu – Linda Nanuwil
Bunga – Yantzen
Jejaka Idaman – Ayu Damit
Foto: Instagram @astrogempak