Berita

NABIL Sindir DIVA AA? “Tak Sabar Tunggu Perang” – Netizen

DIVA AA (Kiri) dan Nabil Ahmad
- Diterbit 15 November 2020 11:14 PM MYT

PENGACARA Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) siaran Astro,  Nabil Ahmad sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dikatakan kononnya menyindir Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Nabil dikecam dan dianggap kurang ajar oleh netizen  gara-gara mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ yang sememangnya sinonim dengan Diva AA.

Not my level, shut up! (Bukan tahap saya, diam) Orang selalu pegang ‘selfie stick’ tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah,” kata Nabil kepada juri tetap, Datuk Ramli MS dalam siaran langsung konsert minggu keenam GV7 malam tadi.

Gaya atau cara percakapan Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad,37, dikatakan seolah-olah menyindir Diva AA yang kini kembali menjadi pengacara melalui rancangan Lagu Cinta Kita 2 yang bersiaran pada masa yang sama di TV3. 

“Mentang-mentang orang tu tengah jadi MC (pengacara) dekat #lagucintakita2, Nabil sesedap je kutuk bagai dekat others tv show. Beza betul ya orang berpengalaman mengacara ni dia punya professionalisme. Nabil still can’t walaupun bertahun-tahun dekat #gegarvaganza2029. Shame on you,” ujar seorang netizen.

“Tak sabar nak tengok Diva AA launch  perang with Nabil pulak,” usik Salah seorang pengguna media sosial.

“Diva AA lagi berkaliber ya dari dia. Awas!” Ujar netizen.

Itulah antara komen netizen yang menganggap sindiran Nabil terhadap Diva AA adalah keterlaluan.

Sebelum ini pernah kecoh apabila Diva AA  menempelak Nabil kerana dikatakan tidak menegurnya berapa tahun dulu. Semoga semuanya baik-baik saja. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas