PELAKON veteran Mohd Idris Mohd Diah atau dikenali jugak sebagai Idris Mat Diah disahkan telah meninggal dunia pada usia 61 tahun, pagi ini.
Rakan artis yang baik dengan arwah, pelakon drama bersiri Gerak Khas, Zulkifli Ismail, menyampaikan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Idris.
“Innalillahiwainnailaihirajiun.. Pelakon veteran Mohd Idris Mohd Diah telah kembali ke rahmatullah.
“Salam takziah buat keluarga Allahyarham,” tulisnya di instagram miliknya.
Sebelum ini, Allahyarham Mohd Idris popular dengan watak Pak Andak dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2.
Antara drama lain lakonannya adalah Andainya Takdir 2, Menantu Bilal, Cinta Si Wedding Planner, Zahir Tak Terucap dan banyak lagi.

Takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang beriman.
Maklumat tentang pemergian arwah akan dikemaskini sebentar lagi.- WILAYAHKU