BAPA kepada Pengarang Kanan Akhbar Wilayahku, Helme Hanafi, Mohd Hanafi Hamid, 68, meninggal dunia pada pukul 2 petang akibat sakit tua hari ini.
Jenazah Allahyarham dimandi dan disolatkan di Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin yang dihadkan kepada kira-kira 20 anggota keluarga terdekat berikutan perlaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jenazah dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Batu, Chetok, Pasir Mas, Kelantan selepas subuh esok. -WILAYAHKU