Berita

“Janganlah Asyik Nak Mencari Kesalahan” – Suami MIERA LEYANA

- Diterbit 23 Ogos 2020 4:30 AM MYT

SUAMI pelakon Miera Leyana, Rosland Othman,47, lebih selesa untuk berfikir positif dan fokus kepada kebahagiaan rumahtangganya bersama Miera.

Bagi Rosland, dia sendiri tidak perlu memikirkan apa yang orang luar cakap tentang rumah tangganya bersama Miera. 

“Saya kenal Miera sebagai artis yang tidak lari daripada kontroversi. Saya faham cerita sensasi dunia artis. Itu adalah sebahagian daripada hidupnya.

“Menyentuh isu ini, janganlah asyik nak mencari kesalahan orang lain. Hiduplah dengan positif.

“Saya ni seorang yang sangat positif dan tidak suka perkara negatif. Apa yang penting adalah saya dan keluarga gembira.  Apa orang nak cakap, saya tidak boleh halang,” ujar Rosland yang merancang mahu bawa Miera dan keluarga mengerjakan umrah selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan nanti.

ROSLAND dan Miera dalam majlis resepsi mereka malam tadi. Semoga bahagia hingga ke anak cucu. Amin…

Rosland juga memanjatkan rasa syukur apabila dirinya dan Miera kini sah sebagai suami isteri.

“Alhamdulillah.. Saya bersyukur kerana segalanya dipermudahkan. Doakanlah kami terus bahagia.

“Miera ni seorang yang baik hati dan memahami. Apa yang menarik pasal Miera ni, apabila duduk dengan dia. Dia bijak membuatkan kita gembira dan kehadirannya sangatlah menyenangkan,” katanya mengakhiri perbualan. 

Miera Leyana, 27, selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Rosland Othman, 40-an di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 26 Julai 2020. 

Semalam (22 Ogos 2020), pasangan ini diraikan keluarga, teman rapat dan pihak media dalam majlis resepsi mereka.

Antara artis popular yang turut hadir memeriahkan majlis itu adalah Ayda Jebat, Nabil Mahir, Liza Hanim, Liza Abdullah, Nelydia Senrose, Emma Maembong, Ziela Jalil, Riz Amin, Hazama, Azlan And The Typewriter, Noryn Aziz dan ramai lagi. 

Wilayahku doakan agar Miera dan Rosland bahagia hingga ke akhir hayat. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas