Berita

Kes COVID-19 global kini melebihi 22 juta

- Diterbit 19 Ogos 2020 5:14 AM MYT

KES COVID-19 di seluruh dunia kini sudah melebihi 22 juta pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan data Johns Hopkins University.

Jumlah kes global mencecah 22,046,135, dengan korban seramai 778,557 setakat 8.27 malam waktu tempatan (0027 GMT Rabu).

Amerika Syarikat paling teruk diancam, menyaksikan 5,480,487 kes jangkitan dan 171,687 orang meninggal dunia, diikuti Brazil 3,359,570 kes dengan korban seramai 109,888. India pula mengesahkan lebih 2.7 juta kes.

Negara dengan lebih 400,000 kes termasuk Rusia, Afrika Selatan, Peru, Mexico dan Colombia. Sementara itu, Mexico, India, Britain, Itali dan Perancis pula mencatatkan lebih 30,000 kematian. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas