Berita

Siapa Kekasih Hati Wafariena?

|WAFARIENA masih solo tanpa kekasih|WAFARIENA akui watak antagonis Nurul Ain memberi impak besar kepada kerjayanya.
- Diterbit 19 Ogos 2020 8:26 AM MYT

NAMA Wafariena Roslan,25, semakin popular dan menjadi tular apabila membawa watak Nurul Ain dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dengan berkesan. 

Dalam ramai yang membenci watak Nurul yang dibawanya itu, tidak dinafikan mereka juga tertanya-tanya adakah gadis tinggi lampai ini sudah mempunyai kekasih. 

“Menyentuh soal cinta, buat masa ini saya belum ada kekasih. Bukan tak mahu, cuma saya lebih selesa untuk fokus kepada keluarga dan kerjaya.

“Lagi pun belum ada yang boleh curi hati saya. Insya Allah, saya mahukan kekasih yang memahami dan ikhlas terima saya seadanya. 

“Bagi saya cinta juga penting kerana ia sedikit sebanyak boleh memberikan semangat kepada kita untuk berjaya. 

“Namun, kekasih hati saya sekarang adalah ibu, adik beradik dan keluarga. Merekalah yang sentiasa ada untuk saya,” jelas Wafariena kepada Wilayahku.

WAFARIENA masih solo tanpa kekasih

Wafariena atau lebih mesra dipanggil Wafa ini mengaku watak Nurul Ain memberi impak besar kepada kerjayanya. 

Walaupun dikecam diteruk sehingga ada yang mengugut mahu menyimbah asid, Wafa melihat itu secara positif.

Baginya, mungkin itu hanya bersifat sementara kerana ramai yang geram dan benci dengan Nurul Ain yang cuba merampas suami orang.

“Saya terima dan akur kontroversi watak ini banyak membantu saya untuk lebih dikenali. 

“Daripada kecaman tersebut barulah saya tahu lakonan saya bawa watak antagonis menjadi dan cukup memberi kesan kepada penonton,” luah Wafariena yang mula berlakon pada tahun lepas.

WAFARIENA akui watak antagonis Nurul Ain memberi impak besar kepada kerjayanya.

Antara drama lakonannya adalah Kisah Seram Hostel, Rinding dan Main Kahwin-Kahwin.

Sebelum berlakon,  Wafa terlebih dahulu mencuba nasib sebagai penyanyi yang bernaung bawah syarikat MAP Music.

Wafa kini sibuk mempromosi lagu nyanyiannya berjudul Carilah Aku.

Katanya, dia kini bernaung di bawah syarikat  MAP Music, sedang sibuk mempromosikan single pertama berjudul Carilah Aku.

Wafa juga pernah berkerja sebagai penyanyi sambilan dan mengikuti pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas